35 kematian, 1,740 kes baharu Thailand

BANGKOK 26 Julai – Kementerian Kesihatan Awam melaporkan sebanyak 35 lagi kematian akibat  Covid-19 semalam dengan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital pula 1,828 orang.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 32 orang meninggal dunia dan 1,740 kes direkodkan pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah 4,579,421 dengan jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 31,224 orang.

Sehingga tengah malam Isnin, sebanyak 23,605 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,711 di hospital, 288 di fasiliti kesihatan dan 11,562 di rumah atau pengasingan komuniti.

Bagi kes di hospital, sebanyak 903 pesakit dalam keadaan kritikal dan 440 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 2,173 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,524,592 orang.

Related posts

Leave a Comment