1.2 juta warga China tidak keluar Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Julai  – Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Bagaimanapun dalam tempoh yang sama, hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk meninggalkan negara ini.

Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia di antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

KDN juga memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Related posts

Leave a Comment