Komitmen China import minyak sawit

REPUBLIK Rakyat China menyatakan komitmen untuk mengutamakan import produk pertanian dan meningkatkan import minyak sawit mentah (crude palm oil/CPO) sebanyak 1 juta tan dari Indonesia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam catatan Facebooknya berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Li Keqiang di Beijing, tengah hari Selasa ini.

“Kami bertemu Diaoyutai State Guesthouse dengan perwakilan masing-masing dan membincangkan pelbagai kerjasama terutamanya dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur, kewangan, pembiayaan dan maritim,” kata Jokowi.

Nilai perdagangan antara Indonesia dan RRT terus meningkat dan telah melebihi AS$100 juta .

Related posts

Leave a Comment