6,175 kes, 4 kematian di Singapura

SINGAPURA 24 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,175 kes baharu Covid-19 termasuk 5,509 kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,950 adalah jangkitan tempatan dan 225 ‬lagi merupakan kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,659,156 dengan jumlah kematian pula sebanyak 1,476 orang termasuk empat lagi yang dilaporkan meninggal dunia setakat 12 tengah hari ini. Bagi kes baharu Protokol 2, sebanyak 5,317 adalah kes tempatan dan 192 lagi…

Read More

Cacar monyet pertama di New Delhi

NEW DELHI 24 Julai – India melaporkan kes cacar monyet keempat, dan pertama bagi ibu negaranya, New Delhi mencatatkan kes membabitkan wabak itu, hari ini. Pesakit dari New Delhi itu dimasukkan ke hospital kerajaan di ibu kota dan tidak mempunyai sejarah perjalanan luar. Menurut sumber hospital, pesakit mengalami demam dan luka pada kulit, namun berada dalam keadaan stabil. Tiga kes sebelum ini dilaporkan berlaku di daerah selatan Kerala pada 14, 18 dan 22 Julai lalu di mana kes berkenaan mempunyai sejarah perjalanan dan tiba dari luar negara beberapa hari sebelum…

Read More

Indonesia sifar kematian, 2,684 kes

JAKARTA 24 Julai  – Tiada kematian Covid-19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam manakala jumlah kes positif harian pula sebanyak 4,071 yang melibatkan 3,932 kes tempatan dan 139 kes import. Ini menjadikan jumlah kematian kekal 156,902 orang manakala jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,168,342. Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 2,684 pesakit dilaporkan sembuh iaitu 2,666 kes tempatan dan 18 import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,970,988 orang pulih. Jumlah kes aktif pula bertambah 1,387 menjadikan jumlah kumulatifnya 40,452. Selain itu, dari hasil uji laboratorium per hari, spesimen selesai…

Read More

Buli : Malaysia di tangga keenam tertinggi

KUALA NERUS 24 Julai – Malaysia berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli terutamanya dalam buli siber, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, ramai pembuli tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di Internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalah guna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurut beliau lagi, perbuatan buli bukan sahaja boleh berlaku terhadap pelajar sekolah dan universiti, malah orang dewasa dan berkerjaya juga tidak terkecuali. Katanya , buli di tempat kerja…

Read More

1,550 kes sembuh di Brunei Darussalam

BERAKAS 24 Julai – Sebanyak 1,550 kes Covid-19 di Brunei Darussalam dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 195,635. Menurut info grafik Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat satu kematian dilaporkan hari ini. Tiada kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagaimanapun lima kes dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 74.5 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 6.1 peratus…

Read More

Acara Riadah Berkuda

PERSATUAN Polo Diraja Brunei menganjurkan Acara Riadah Berkuda sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-76 Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah baru-baru ini. Acara bermula dari Padang No. 1, Jerudong Park Polo dan Riding Club menuju persisiran Pantai Jerudong dan kemudian menyelusuri kawasan Pasar Jerudong yang dikenali sebagai Pasar Ikan Pantai Jerudong.  Perjalanan acara itu kemudiannya diteruskan di persisiran pantai menuju Indera Samudera, The Empire Brunei sebelum berakhir di pekarangan Pantai Restaurant, The Empire Brunei.

Read More

407 kes cacar monyet di Itali

ROM: Sebanyak 407 kes cacar monyet telah direkodkan di Itali, bagaimanapun keadaan terkawal, kata Ketua Pengarah bahagian Pencegahan Kementerian Kesihatan negara itu, Gianni Rezza. Beliau berkata, walaupun wabak cacar monyet diisytihar darurat kesihatan global, ‘buat masa ini kebanyakan kes tertumpu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, terutamanya mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual’. Pada masa yang sama, beliau menyeru semua negara untuk bekerjasama rapat dengan kumpulan yang terjejas, meningkatkan kempen kesedaran, dan memberi amaran terhadap diskriminasi dan stigma. Semalam, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom…

Read More

2,390 kes baharu di Thailand

BANGKOK 24 Julai – Kementerian Kesihatan Awam Thailand merekodkan 2,390 kes baharu Covid-19 dan 30 kematian dalam tempoh 24 jam berbanding 2,578 kes dan 29 orang dilaporkan meninggal dunia semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 4,575,853 dengan jumlah kematian 31,157 orang. Setakat semalam (Sabtu), sebanyak 24,702 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 12,290 di hospital, 279 di kemudahan hospital dan 12,102 di rumah atau pengasingan komuniti. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 874 dalam keadaan kritikal di mana 409 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam tempoh yang sama,…

Read More

Pesakit cacar monyet lari ke Kemboja

BANGKOK 24 Julai – Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Kemboja, lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk memerima rawatan pada petang Sabtu. Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki itu untuk mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Lelaki itu, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu dan…

Read More