Indonesia sifar kematian, 2,684 kes

JAKARTA 24 Julai  – Tiada kematian Covid-19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam manakala jumlah kes positif harian pula sebanyak 4,071 yang melibatkan 3,932 kes tempatan dan 139 kes import.

Ini menjadikan jumlah kematian kekal 156,902 orang manakala jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,168,342.

Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 2,684 pesakit dilaporkan sembuh iaitu 2,666 kes tempatan dan 18 import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,970,988 orang pulih.

Jumlah kes aktif pula bertambah 1,387 menjadikan jumlah kumulatifnya 40,452.

Selain itu, dari hasil uji laboratorium per hari, spesimen selesai diperiksa (RT-PCR/TCM dan antigen) per hari sebanyak 84.174 spesimen dengan jumlah suspek sebanyak 3.546 kasus.

Mengenai  program vaksinasi, penerima dos pertama bertambah 34,340 menjadikan jumlahnya 202,197,732 manakala  penerima dos ke-2 bertambah 34,768 dengan jumlah melebihi 169 juta atau 169.817.932 orang.

Bagi vaksinasi ke-3 , sebanyak 231,933 dengan jym melebihi 54 juta atau 54.567.854 orang. Sementara target sasaran vaksinasi berada di angka 208.265.720 orang.

Related posts

Leave a Comment