Acara Riadah Berkuda

PERSATUAN Polo Diraja Brunei menganjurkan Acara Riadah Berkuda sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-76 Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah baru-baru ini.

Acara bermula dari Padang No. 1, Jerudong Park Polo dan Riding Club menuju persisiran Pantai Jerudong dan kemudian menyelusuri kawasan Pasar Jerudong yang dikenali sebagai Pasar Ikan Pantai Jerudong.

 Perjalanan acara itu kemudiannya diteruskan di persisiran pantai menuju Indera Samudera, The Empire Brunei sebelum berakhir di pekarangan Pantai Restaurant, The Empire Brunei.

Related posts

Leave a Comment