Rundingan Iran – AS sanbung 11 Julai

MOSCOW – Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan disambung semula di Pakistan pada 11 Julai ini, dilaporkan bakal merangkumi isu sekatan ekonomi, aset Iran yang dibekukan serta isu nuklear.

Komposisi delegasi Iran hanya akan ditentukan selepas majlis pengebumian bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang dijadualkan pada 9 Julai.

Sebelum ini, pada 18 Jun lalu, Iran dan AS telah menandatangani satu memorandum secara dalam talian yang memperuntukkan penamatan konflik ketenteraan yang bermula pada 28 Februari.

Dokumen berkenaan turut menetapkan garis masa bagi AS menarik balik sekatan maritimnya terhadap pelabuhan Iran, manakala Iran pula perlu memulihkan semula aktiviti perkapalan melalui Selat Hormuz.

Iran juga komited untuk tidak memperoleh senjata nuklear, dengan isu program nuklear Iran akan diselesaikan menerusi perjanjian berasingan.

Kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan mengenai perkara itu dalam tempoh 60 hari, dengan Tehran menyasarkan penarikan balik sekatan anti-Iran sebagai keputusan akhir rundingan.

Related posts

Leave a Comment