Pesakit cacar monyet lari ke Kemboja

BANGKOK 24 Julai – Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Kemboja, lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk memerima rawatan pada petang Sabtu.

Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki itu untuk mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Lelaki itu, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu dan melarikan diri selepas dimaklumkan tentang keputusan ujian awal itu.

Susulan itu, pihak berkuasa melancarkan gerakan menjejakinya dan isyarat telefon bimbitnya dikesan di wilayah timur laut bersempadan dengan Kemboja pada Sabtu.

Related posts

Leave a Comment