1,550 kes sembuh di Brunei Darussalam

BERAKAS 24 Julai – Sebanyak 1,550 kes Covid-19 di Brunei Darussalam dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 195,635.

Menurut info grafik Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat satu kematian dilaporkan hari ini.

Tiada kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun lima kes dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 74.5 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 6.1 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 79.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 52.6 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment