6,175 kes, 4 kematian di Singapura

SINGAPURA 24 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,175 kes baharu Covid-19 termasuk 5,509 kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,950 adalah jangkitan tempatan dan 225 ‬lagi merupakan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,659,156 dengan jumlah kematian pula sebanyak 1,476 orang termasuk empat lagi yang dilaporkan meninggal dunia setakat 12 tengah hari ini.

Bagi kes baharu Protokol 2, sebanyak 5,317 adalah kes tempatan dan 192 lagi kes import mana 666 kes disahkan menerusi ujian PCR melibatkan 633 jangkitan tempatan, dan 33 adalah kes import.

Sementara itu sebanyak 738 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 69 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 21 dipantau rapi di ICU manakala 9,367 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Bagi program vaksinasi pula, setakat semalam (Sabtu), sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment