Integriti, amanah urus koperasi

KUALA LUMPUR 23 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang menjangkau RM150 bilion. Titah baginda, ia merupakan satu angka yang besar dan diharap dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin. Justeru baginda mengingatkan pemimpin serta ahli koperasi perlu berintegriti dan amanah dalam menguruskan aset dan perolehan koperasi itu untuk kepentingan negara. “Setiap ahli (koperasi) harus berintegriti, amanah supaya tidak lalai dalam urusan tadbir urus demi kepentingan tujuh juta ahli sedia ada. “Ini satu amanah besar dan jadikan…

Read More

Hartanah TH di London beri kelebihan

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pembelian bangunan pejabat enam tingkat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di London dijangka memberi pulangan yang stabil membabitkan purata pulangan atas tunai dianggarkan sebanyak lima peratus setiap tahun. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Amrin Awaluddin, dalam satu kenyataan berkata ia sekali gus melindungi kepentingan serta memberi nilai tambah kepada pendepositnya. Pembelian yang dimuktamadkan pada 12 Julai lalu melibatkan hartanah yang terletak di kawasan strategik di tengah kota London, berstatus pemilikan kekal dan disewa Kementerian Pengangkutan UK untuk tempoh lebih 11 tahun. Justeru,…

Read More

Cacar monyet darurat kesihatan global

GENEVA 23 Julai – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global iaitu amaran tahap tertinggi, kata Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus. Pengisytiharan itu dibuat hasil mesyuarat kedua jawatankuasa kecemasan WHO mengenai virus itu yang diadakan bagi mengkaji keadaan yang dilihat semakin serius. “Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangkan darurat kesihatan sejagat yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media malam ini (waktu Malaysia). Katanya, pada 23 Jun lalu ketika WHO menubuhkan sebuah jawatankuasa kecemasan (EC) berkaitan cacar monyet,…

Read More

4,943 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 23 Julai – Indonesia merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 4,943 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 4,834 yang dicatatkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak kes pertama pada Mac 2020 adalah sebanyak 6,164,271. Kes harian tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 2,661 diikuti Jawa Barat dengan 845 dan Banten 553. Pada masa yang sama, sebanyak 826 kes aktif baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,065 manakala 4,108 kes sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 5,968,304 orang pulih. Jumlah kematian pula meningkat kepada 156,902…

Read More

Singapura lapor 7,889 kes baharu

SINGAPURA 23 Julai –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,889 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 7,592 jangkitan tempatan dan 297 ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 1,652,981 dengan jumlah kematian pula 1,472 orang termasuk empat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,085 adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 6,829 kes tempatan dan 256 kes…

Read More

PRU : Pendirian solo BN boleh berubah

ALOR SETAR 23 Julai – Pendirian Barisan Nasional (BN) untuk bersendirian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat hari ini masih kekal tetapi keadaan boleh berubah mengikut situasi semasa. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan berkata, keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah. “Pada ketika ini parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi. Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya…

Read More

Dr Santhara Kumar masih bersama Bersatu

KUALA LUMPUR 23 Julai – Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, Dr Santhara Kumar masih bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan terus menyokong Presiden Parti Bersatu, Muhyidin Yassin. Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, laporan yang mendakwa Ahli Parlimen Segamat itu sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada parti adalah tidak benar. “Saya baru bercakap dengan Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Dr Santhara Kumar dan beliau menjelaskan bahawa hanya berhajat melepaskan jawatan sebagai Ketua Sayap Bersekutu. Itu kandungan surat yang beliau hantar. Bukan untuk keluar parti,” katanya.…

Read More

PM Thailand terselamat undi tidak percaya

BANGKOK 23 Julai – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dan 10 anggota Kabinetnya terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen, ujian terbesar kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) dalam tempoh 11 bulan. Prayuth, 68 yang memegang tampuk kerajaan sejak rampasan kuasa dipimpinnya pada 2014, menerima 256 undi percaya berbanding 206 yang menentangnya, sekali gus mengekalkan kedudukannya sehingga tamat tempoh pada Mac tahun depan. Pembangkang memerlukan 239 daripada 477 undi Parlimen untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang juga bekas ketua tentera itu. Terdahulu, Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya berdepan sesi perbahasan ‘panas’…

Read More

Hasilkan vaksin sendiri

KUALA SELANGOR 23 Julai – Hasilkan vaksin sendiri ! Itu cabaran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kepada Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini. Titah baginda, di samping menyediakan perkhidmatan perubatan sedia ada. hospital itu perlu menghasilkan perubatan yang boleh menaikkan nama dan memberi manfaat kepada masyarakat. “Beta ingin cabar pihak pengurusan (hospital) supaya menghasilkan perubatan tersendiri atau vaksin sendiri untuk hadapi cabaran akan datang. Bukan hanya sekadar kita kenal dengan perkhidmatan sedia ada, tetapi lebih baik menghasilkan perubatan yang boleh menaikkan nama untuk memberi…

Read More

Thailand catat 2,578 kes, 29 kematian

BANGKOK 23 Julai – Thailand melaporkan 29 kematian hari ini akibat Covid-19 berbanding 25 semalam dengan jumlah kes harian pula meningkat kepada 2,578 berbanding 2,424 semalam. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,577 adalah jangkitan tempatan manakala satu kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,573,463. Jumlah keseluruhan yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 pula setakat ini adalah 31,127 orang. Sebanyak 24,700 orang mendapatkan rawatan Covid-19 dan setakat semalam, Jumaat, seramai 1,877 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,517,636 orang pulih.

Read More