Thailand catat 2,578 kes, 29 kematian

BANGKOK 23 Julai – Thailand melaporkan 29 kematian hari ini akibat Covid-19 berbanding 25 semalam dengan jumlah kes harian pula meningkat kepada 2,578 berbanding 2,424 semalam.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,577 adalah jangkitan tempatan manakala satu kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,573,463.

Jumlah keseluruhan yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 pula setakat ini adalah 31,127 orang.

Sebanyak 24,700 orang mendapatkan rawatan Covid-19 dan setakat semalam, Jumaat, seramai 1,877 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,517,636 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment