4,943 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 23 Julai – Indonesia merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 4,943 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 4,834 yang dicatatkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak kes pertama pada Mac 2020 adalah sebanyak 6,164,271.

Kes harian tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 2,661 diikuti Jawa Barat dengan 845 dan Banten 553.

Pada masa yang sama, sebanyak 826 kes aktif baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,065 manakala 4,108 kes sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 5,968,304 orang pulih.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 156,902 orang termasuk sembilan yang dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, setakat pukul 6 petang ini, sebanyak 202,182,170 orang atau 97.08 peratus telah mendapatkan dos vaksin berbanding sasaran pemerintah 208,265,720.

Daripada jumlah itu, sebanyak 169,794,600 atau 81.53 peratus telah mendapatkan dos kedua dan 54,388,289 orang atau 26.11 peratus telah mengambil dos penggalak.

 

Related posts

Leave a Comment