Singapura lapor 7,889 kes baharu

SINGAPURA 23 Julai –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,889 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 7,592 jangkitan tempatan dan 297 ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 1,652,981 dengan jumlah kematian pula 1,472 orang termasuk empat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,085 adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ini terdiri daripada 6,829 kes tempatan dan 256 kes import manakala 804 kes disahkan menerusi ujian PCR melibatkan 763 jangkitan tempatan, dan 41 kes import.

Seramai 739 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 758 yang dicatatkan semalam di mana 70 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan

11 dipantau rapi di ICU manakala 10,077 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment