Kes harian Indonesia meningkat

JAKARTA 19 Julai – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila 5,085 kes dilaporkan hari ini berbanding 3,393 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,143,431. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 5,955,577 selepas 2,596 lagi pesakit dilaporkan pulih dengan kes aktif pula bertambah sebanyak 2,483 dengan jumlah kumulatifnya 30,989. Enam kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,865 orang meninggal dunia setakat ini Mengenai program vaksinasi, seramai 27,325 mendapatkan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 201,994,141 manakala 31,117 lagi menerima dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 169,613,168.…

Read More

Singapura catat 13,794 kes baharu

SINGAPURA 19 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,794‬ kes baharu Covid-19 terdiri daripada 13,278 jangkitan tempatan dan 516‬ ‬kes import.setakat pukul 12 tengah hari ini. Tiga lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 1,460 manakala jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,616,067. Menurut MoH, sebanyak 12,815 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini terdiri daripada daripada 12,341 kes tempatan dan 474 kes import manakala 979 kes…

Read More

Timor Leste harap anggota ASEAN 2023

BOGOR 19 Julai – Timor Leste berharap dapat menyertai ASEAN apabila Indonesia mengambil alih jawatan Pengerusi gagasan itu tahun depan, kata Presidennya, Jose Ramos-Horta,. Beliau berkata Timor Leste sebagai sebahagian daripada Asia Tenggara sudah memenuhi banyak syarat yang diperlukan dari segi ekonomi dan demokrasi untuk menjadi anggota ASEAN yang produktif. “Kami berharap dapat menyertai gagasan ini apabila Indonesia mengambil alih jawatan presiden ASEAN tahun depan,” katanya ketika menemui rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hari ini. Ini kunjungan pertama Ramos-Horta  sejak dilantik April lalu bagi penggal kedua sebagai presiden,…

Read More

2,125 kes baharu di Thailand

BANGKOK 19 Julai – Sebanyak 2,125 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan jumlah kematian pula 18 orang berbanding 1,814 kes dan 17 kematian yang direkodkan pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 4,562,968 kes dengan jumlah kematian pula sebanyak 31,031 orang sejak pandemik bermula. Sehingga tengah malam Isnin, sebanyak 22,341 orang mendapatkan rawatan termasuk 11,192 di hospital, 736 di kemudahan hospital dan 10,389 di rumah atau pusat pengasingan komuniti. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,501 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa…

Read More

Speaker kesal sikap tidak hormat Bentara

KUALA LUMPUR 19 Julai – Tindakan segelintir anggota Parlimen yang tidak menghormati anak muda yang bertugas sebagai Bentara semalam menarik perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun. Azhar yang nyata kecewa dengan sikap itu meluahkan rasa sedih terhadap sikap anggota Parlimen berkenaan yang disifatkannya tidak menghormati Bentara yang menjalankan tugas semasa kekecohan pada persidangan semalam. Kekecohan melibatkan beberapa anggota Parlimen pembangkang, kebanyakannya dari Sabah itu berikutan dewan menolak usul tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah dan ekoran kekecohan itu Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) diarah keluar dan digantung daripada menghadiri…

Read More

1.5 juta isi rumah diberi 10 kit ART

SINGAPURA 19 Julai – Setiap isi rumah di Singapura akan mendapat 10 kit ujian pantas antigen (ART) dalam peti surat mereka mulai semalam, bagi mengharungi satu lagi gelombang jangkitan Covid-19. Edaran kit ART yang dijangka melibatkan 1.5 juta isi rumah itu merupakan kali ketiga  sejak pandemik Covid-19 bermula yang dijangka mengambil masa dua bulan. Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, mengumumkan permulaan pengagihan kit ART tersebut menerusi laman Facebook beliau semalam. Pengagihan kit ART itu diumumkan sebelum ini oleh Timbalan Perdana Menteri,  Lawrence Wong, selepas melawat salah sebuah pusat vaksinasi mudah alih…

Read More

Kerugian tipu dalam talian hampir RM3 bilion

KUALA LUMPUR 19 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 89,798 kes penipuan jenayah dalam talian bagi tempoh 2017 hingga Jun 2022 membabitkan nilai kerugian hampir RM3 bilion. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Ismail Mohamed, berkata kes penipuan jenayah dalam talian paling tinggi direkodkan ialah pembelian atas talian iaitu 32,791 kes. Dalam tempoh sama, sebanyak 42,884 tangkapan dibuat dengan 25,891 daripada dibawa kepada pertuduhan atas kesalahan terbabit. Beliau menjawab soalan Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) yang mahu Kementerian Dalam Negeri menyatakan tindakan diambil bagi membanteras jenayah komersial membabitkan penipuan dalam…

Read More

Pembangunan rel sedia ada diteruskan

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kerajaan meneruskan semua perancangan pembangunan rel sedia ada walaupun berdepan kelewatan akibat pelbagai kekangan, kata Menteri Pengangkutan,  Dr Wee Ka Siong. Beliau mengambil contoh, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sepatutnya siap pada 2024, namun disebabkan kekangan tertentu, projek itu perlu dimulakan dengan lebih cepat. “Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana sebelum ini, kita tidak mendapat kebenaran selama 18 bulan tapi selepas perbincangan sebanyak 37 kali, kita dapat persetujuan dengan kerajaan negeri,” katanya. Menurut Ka Siong, kerajaan Pusat dan Negeri kini senada untuk…

Read More

3,080 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan semalam apabila merekodkan 3,080 kes baharu berbanding 3,936 kes kelmarin. Daripada jumlah kes baharu dilaporkan itu, sebanyak 3,079 kes adalah penularan tempatan, manakala hanya satu jangkitan dari luar negara. Berdasarkan maklumat dalam COVIDNOW setakat tengah malam kelmarin jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 4,626,061 kes. Sebanyak tujuh kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia mencecah 35,869 kes. Selain itu, sebanyak 3,399 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 4,551,413 kes, manakala jumlah kes aktif ialah 41,859 kes.…

Read More