Kes harian Indonesia meningkat

JAKARTA 19 Julai – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila 5,085 kes dilaporkan hari ini berbanding 3,393 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,143,431.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 5,955,577 selepas 2,596 lagi pesakit dilaporkan pulih dengan kes aktif pula bertambah sebanyak 2,483 dengan jumlah kumulatifnya 30,989.

Enam kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,865 orang meninggal dunia setakat ini

Mengenai program vaksinasi, seramai 27,325 mendapatkan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 201,994,141 manakala 31,117 lagi menerima dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 169,613,168.

Bagi dos ketiga pula bertambah 192,201 menjadikan jumlah keseluruhan 53,319,158.

Related posts

Leave a Comment