3,080 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan semalam apabila merekodkan 3,080 kes baharu berbanding 3,936 kes kelmarin.

Daripada jumlah kes baharu dilaporkan itu, sebanyak 3,079 kes adalah penularan tempatan, manakala hanya satu jangkitan dari luar negara.

Berdasarkan maklumat dalam COVIDNOW setakat tengah malam kelmarin jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 4,626,061 kes.

Sebanyak tujuh kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia mencecah 35,869 kes.

Selain itu, sebanyak 3,399 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 4,551,413 kes, manakala jumlah kes aktif ialah 41,859 kes.

Daripada jumlah kes masih aktif itu, seramai 40,622 menjalani kuarantin kendiri di rumah dan 34 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 1,472 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 37 daripada 57 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi walaupun menunjukkan penurunan semalam iaitu 860 berbanding 1,491 kes kelmarin

diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 817 berbanding 1,055 kelmarin .

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 817, Perak 229, Sabah 224, Pulau Pinang 169, Negeri Sembilan 165, Wilayah Persekutuan Putrajaya 152 dan Melaka 104.

Kes terendah direkodkan di Perlis (5), Wilayah Persekutuan Labuan (6) dan Terengganu (24).

Related posts

Leave a Comment