2,125 kes baharu di Thailand

BANGKOK 19 Julai – Sebanyak 2,125 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan jumlah kematian pula 18 orang berbanding 1,814 kes dan 17 kematian yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 4,562,968 kes dengan jumlah kematian pula sebanyak 31,031 orang sejak pandemik bermula.

Sehingga tengah malam Isnin, sebanyak 22,341 orang mendapatkan rawatan termasuk 11,192 di hospital, 736 di kemudahan hospital dan 10,389 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,501 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 4,509,596 orang.

Related posts

Leave a Comment