Singapura catat 13,794 kes baharu

SINGAPURA 19 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,794‬ kes baharu Covid-19 terdiri daripada 13,278 jangkitan tempatan dan 516‬ ‬kes import.setakat pukul 12 tengah hari ini.

Tiga lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 1,460 manakala jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,616,067.

Menurut MoH, sebanyak 12,815 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Protokol 2 ini terdiri daripada daripada 12,341 kes tempatan dan 474 kes import manakala 979 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR, iaitu 937 jangkitan tempatan, dan 42 adalah kes import.

Sebanyak 795 pesakit masih dirawat di hospital dan daripada jumlah itu, 78 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 13 dipantau rapi di ICU manakala 9,036 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai program vaksinasi, sehingga 18 Julai, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional iaitu 93 peratus  menerima satu dos, 93 peratus dua dos dan 78 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment