10,526 kes baharu Covid-19 Singapura

SINGAPURA 15 Julai – Sebanyak 10,526 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,579,946. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes baharu itu terdiri daripada 9,826 jangkitan tempatan dan 700 ‬kes import. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,650 mewakili 9,030 kes tempatan dan 620 kes import merupakan kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 876‬‬‬‬‬ lagi kes disahkan menerusi ujian PCR, terdiri daripada 796…

Read More

Thailand catat 1,795 kes baharu

BANGKOK 15 Julai – Kementerian Kesihatan Awam Thailand merekodkan 23 lagi kematian Covid-19 dengan jumlah kes harian pula sebanyak 1,795, berbanding 28 meninggal dunia dan 2,257 kes yang dilaporkan semalam. Kesemua kes harian adalah jangkitan tempatan dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 30,958 orang manakala jumlah kumulatif kes pula sebanyak 4,554,976. Sehingga malam tadi, sebanyak 24,043 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,377 di hospital, 1,109 di kemudahan hospital dan 12,517 di rumah atau pengasingan komuniti. Di hospital, sebanyak 789 kes dalam keadaan kritikal dan 348 bergantung kepada…

Read More

PM Sri Lanka pangku jawatan Presiden

COLOMBO: Beberapa jam selepas peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa, Perdana Menteri Ranil Wickremasinghe mengangkat sumpah sebagai pemangku presiden Sri Lanka hari ini. Beliau menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Singapura selepas tercetus tunjuk perasaan terhadapnya selama berbulan-bulan.  Wickremesinghe, 73 tahun, mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Jayantha Jayasuriya. Pelantikan itu secara automatik di bawah perlembagaan Sri Lanka. Bagaimanapun sebilangan besar penunjuk perasaan menganggap Wickremesinghe sebagai sekutu Rajapaksa dan mereka juga mahukannya mengundurkan diri. Parlimen akan bersidang pada Rabu ini untuk melantik seorang Anggota Parlimen bagi menggantikan tempat Rajapaksa bagi baki tempoh…

Read More

Rajapaksa letak jawatan Presiden Sri Lanka

COLOMBO 15 Julai – Speaker Parlimen Sri Lanka Mahinda Yapa Abeywardana hari ini mengumumkan sudah menerima peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa selepas beliau melarikan diri dari negara ini. Menurut Abeywardana, pihaknya memperoleh notifikasi untuk meletak jawatan daripada Rajapaksa yang kini berada Singapura. Berikutan perkembangan ini, pencalonan untuk jawatan Presiden baharu itu akan dibuat Selasa ini dan Ahli Parlimen akan mengundi memilih pengganti Rajapaksa pada hari berikutnya, Rabu. Rajapaksa – yang pernah dikenali sebagai ‘The Terminator’ atas tindakan kerasnya terhadap kumpulan pemberontak Tamil sebelum ini – adalah pemimpin Sri Lanka yang pertama…

Read More

Anwar bukan liabiliti parti

SHAH ALAM 15 Julai – Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan dan menolak dakwaan kononnya Presiden PKR, Anwar Ibrahim adalah liabiliti dalam parti. Sebaliknya Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu mengingatkan semua ahli PKR melihat kembali pencapaian parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang sekali gus melambangkan perjuangan Anwar. “Cerita mengenai Anwar liabiliti ini cerita daripada 1999 lagi dan bukan benda baharu. Masa kami siapkan parti pada 1999 Anwar dipenjara, jadi semua ingat Anwar liabiliti. “Anwar kembali 2004 dan dia masuk PRU 2008 bawa Pas dan DAP dalam Pakatan…

Read More

PKR tanding semua kerusi menang 2018

SHAH ALAM 15 Julai – PKR memutuskan untuk terus bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan berunding dengan rakan Pakatan Harapan (PH) untuk menambah bilangan kerusi sedia ada, bagi tujuan memperkukuh kedudukan PKR dalam PH. “Ini keputusan yang dibuat dalam temu rapat parti beberapa bulan lalu. Kita juga bersetuju berunding dengan parti sahabat PH untuk dapat kerusi tambahan bagi membolehkan kita muncul sebagai parti terbesar dan terkuat,”…

Read More

Majlis kesyukuran hari keputeraan

KIARONG 15 Julai – Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang Ke-76,  di masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, malam tadi.  Majlis Kesyukuran berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran .  Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda baginda iaitu  Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.  Selain tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, majlis yang sama juga diadakan…

Read More

Cacar monyet pertama di India

MUMBAI 15 Julai – India mengesahkan kes cacar monyet yang pertama, semalam, membabitkan seorang lelaki berusia 35 tahun dengan sejarah perjalanan ke Asia Barat. Menteri Kesihatan Kerala, Veena George berkata, lelaki  terbabit yang tiba di Kerala, barat India, dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Julai lalu, kini menjalani pengasingan di hospital. Lelaki itu berada dalam keadaan stabil dan semua petunjuk utama padanya juga normal. Ibu bapa pesakit dan sejumlah kontak utama menjalani pengasingan, manakala 11 penumpang yang mempunyai kontak dengannya ketika dalam penerbangan sama serta beberapa individu lain diminta…

Read More

Kes harian melebihi 4,000

PUTRAJAYA 15 Julai – Jangkitan kes harian Covid-19 akhirnya melebihi 4,000 apabila 4,098 kes direkodkan pada Khamis berbanding 3,934 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,608,768. Kali terakhir Malaysia merekodkan angka melebihi 4,000 adalah pada 7 Julai dengan jumlah 4,020. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, lima daripadanya merupakan kes import. Terdapat 38,913 kes aktif, tambahan sebanyak 2,019 kes di mana 37,495 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 1,339 pesakit dirawat di hospital dengan 53 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Sebanyak…

Read More