10,526 kes baharu Covid-19 Singapura

SINGAPURA 15 Julai – Sebanyak 10,526 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,579,946.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes baharu itu terdiri daripada 9,826 jangkitan tempatan dan 700 ‬kes import.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,650 mewakili 9,030 kes tempatan dan 620 kes import merupakan kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 876‬‬‬‬‬ lagi kes disahkan menerusi ujian PCR, terdiri daripada 796 jangkitan tempatan, manakala 80 adalah kes import.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 1,447 orang selepas tiga lagi dilaporkan meninggal dunia sementara 760 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 766 yang dicatatkan semalam.

Daripada jumlah yang dirawat di hospital, sebanyak 107 memerlukan bantuan oksigen, 20 dipantau rapi di ICU sementara 5,390 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.03, naik sedikit berbanding 1.02 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu, setakat Khamis, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional, 93 peratus menerima satu dos, 93 peratus lagi lengkap dua dos dan 78 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment