Majlis kesyukuran hari keputeraan

KIARONG 15 Julai – Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang Ke-76,  di masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, malam tadi.

 Majlis Kesyukuran berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran .

 Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda baginda iaitu  Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

 Selain tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, majlis yang sama juga diadakan di masjid-masjid seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment