PM Sri Lanka pangku jawatan Presiden

COLOMBO: Beberapa jam selepas peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa, Perdana Menteri Ranil Wickremasinghe mengangkat sumpah sebagai pemangku presiden Sri Lanka hari ini.

Beliau menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Singapura selepas tercetus tunjuk perasaan terhadapnya selama berbulan-bulan. 

Wickremesinghe, 73 tahun, mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Jayantha Jayasuriya.

Pelantikan itu secara automatik di bawah perlembagaan Sri Lanka.

Bagaimanapun sebilangan besar penunjuk perasaan menganggap Wickremesinghe sebagai sekutu Rajapaksa dan mereka juga mahukannya mengundurkan diri.

Parlimen akan bersidang pada Rabu ini untuk melantik seorang Anggota Parlimen bagi menggantikan tempat Rajapaksa bagi baki tempoh penggalnya.

Related posts

Leave a Comment