Thailand catat 1,795 kes baharu

BANGKOK 15 Julai – Kementerian Kesihatan Awam Thailand merekodkan 23 lagi kematian Covid-19 dengan jumlah kes harian pula sebanyak 1,795, berbanding 28 meninggal dunia dan 2,257 kes yang dilaporkan semalam.

Kesemua kes harian adalah jangkitan tempatan dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 30,958 orang manakala jumlah kumulatif kes pula sebanyak 4,554,976.

Sehingga malam tadi, sebanyak 24,043 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,377 di hospital, 1,109 di kemudahan hospital dan 12,517 di rumah atau pengasingan komuniti.

Di hospital, sebanyak 789 kes dalam keadaan kritikal dan 348 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,920 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,499,975.

Related posts

Leave a Comment