Singapura catat 5,979 kes baharu

SINGAPURA 12 Julai – Sebanyak 5,979 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,743‬ jangkitan tempatan dan 236 ‬kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,540,778. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), lima lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,437 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,440 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 5,235 jangkitan tempatan dan 205 kes import manakala 539‬‬‬‬‬ kes …

Read More

3,361 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 12 Julai  – Indonesia merekodkan 3,361 kes baharu Covid-19 melibatkan 3,237 jangkitan tempatan manakala 124 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,116,347. Jumlah kes sembuh pula sebanyak 1,780 iaitu 1,762 kes tempatan dan 18 kes import dengan jumlah kumulatif 5,937,625 orang. Sebanyak 1,573 kes aktif baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 21,916 kes di mana Jakarta mencatatkan 11,233 kes, Jawa Barat 5,413, Banten 2,114, Bali 801 dan Jawa Tengah 536. Lapan kematian direkodkan melibatkan Jakarta (4), Jawa Barat (2), manakala Jawa Timur dan Kalimantan Selatan masing-masing satu kes.…

Read More

Pakej Haji: 3 agensi pelancongan terlibat

KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 72 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji di seluruh negara membabitkan tiga agensi pelancongan swasta dengan kerugian RM3.95 juta. Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian RM1,244,500 diikuti Selangor dengan 14 laporan melibatkan kerugian RM404,000. Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau berkata Pahang pula merekodkan 13 laporan dengan nilai kerugian RM1,611,500 manakala Kelantan, Johor dan Perak masing-masing mempunyai lima laporan dengan nilai keseluruhan RM556,000. Kedah…

Read More

23 kematian 1,679 kes baharu

BANGKOK 12 Julai – Sebanyak 23 kematian dan 1,679 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 24 orang meninggal dunia dengan 1,811 kes semalam. Kesemua kes baharu adalah kes tempatan yang dikesan di kemudahan kesihatan kerajaan. Dengan perkembangan Ini jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 30,882 orang sementara jumlah kumulatif kes pula setakat ini adalah 4,548,533. Setakat semalam, sebanyak 23,617 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 10,197 di hospital, 878 di kemudahan hospital dan 12,511 di rumah atau pusat pengasingan komuniti. Pada masa yang sama, sebanyak 2,115 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang…

Read More

14,305 jemaah Malaysia selesai ibadah

MAKKAH 12 Julai – Kesemua 14,305 jemaah Malaysia selesai melaksanakan ibadah haji tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku. Menerusi laporan Operasi Tanah Suci Tabung Haji (TH), daripada jumlah tersebut seramai 5,795 jemaah meninggalkan Mina semalam, selepas melakukan nafar awal manakala selebihnya pada hari ini. Jemaah haji yang telah berada di Makkah turut dibawa melakukan ibadah tawaf dan saie, bagi melengkapkan ibadah itu selain wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah dan melontar jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Berdasarkan kuota yang diperuntukkan kepada TH, seramai 14,306 jemaah telah menerima tawaran…

Read More

TH sangkal dakwaan kartel PJH

KUALA LUMPUR 12 Julai – Mana-mana syarikat boleh memohon untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen di bawah Lembaga Tabung Haji (TH) dan dipilih apabila memenuhi syarat ditetapkan. Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sistem ini diguna pakai sejak tahun 2000 dan ditambah baik secara berkala, malah ia diperkemaskan kali terakhir pada tahun ini. Justeru , beliau menyangkal dakwaan terdapat ‘kartel’ dalam pemilihan syarikat pelancongan sebagai PJH di bawah agensi itu. Dalam kenyataannya, beliau berkata dakwaan itu sama sekali tidak benar dan tidak berasas, sebaliknya syarikat…

Read More

Watikah pelantikan tanpa Tajuddin

KUALA LUMPUR 12 Julai – Ketiadaan nama Tajuddin Abdul Rahman untuk menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia hari ini menimbulkan persoalan mengenai status Ahli Parlimen Pasir Salak itu. Ada laporan mengatakan, penganugerahan watikah kepada Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditangguhkan ke suatu tempoh lain, bukan digugurkan. Tajuddin pada Jun lalu digugurkan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan berikutan itu, beliau mengadakan satu sidang media yang mendakwa berlaku pelbagai ‘kepincangan’ dalam kepemimpinan Presiden UMNO. Sebelum ini Tajuddin juga memaklumkan penerimaan watikah ditangguhkan berikutan Yang di-Pertuan…

Read More

2,012 kes harian Brunei Darussalam

BERAKAS 12 Julai – Brunei Darussalam merekodkan 2,012 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini manakala purata kes harian dalam tempoh tujuh hari lalu pula sebanyak 1,667, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 2,001 kes adalah hasil ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth manakala 11 lagi hasil 244 ujian makmal RT-PCR dalam tempoh 24 jam. Bercakap pada sidang media situasi Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini, beliau berkata, 99 peratus kes yang dikesan minggu ini adalah dalam kategori 1 atau 2 dan…

Read More

PM baharu UK diumum September

LONDON: Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK) bagi menggantikan Boris Johnson akan diumumkan pada 5 September, kata pengerusi jawatankuasa 1922 Parti Konservatif Graham Brady. Beliau memberitahu, Jawatankuasa 1922, yang mengadakan pemilihan Tory memutuskan bahawa calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 20 Ahli Parlimen ketika pencalonan dibuka pada Selasa, 12 Julai. Pusingan pertama pengundian dalam kalangan Ahli Parlimen Tory akan diadakan pada Rabu, dan calon perlu memperoleh 30 undi bagi melayakkan diri ke pusingan kedua yang akan berlangsung pada Khamis. Hanya dua calon akan ke pusingan seterusnya sebelum persidangan Parlimen ditangguhkan pada…

Read More

Takiyuddin akui draf MoA jawatan TPM

BUKIT GANTANG 12 Julai –  Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengakui membuat draf perjanjian berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) seperti mana yang dimaklumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin. Katanya, pembabitan beliau dalam draf perjanjian itu dilakukan atas kedudukannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) pada waktu itu dan bukan kapasiti parti. “Saya adalah bekas Menteri Undang-Undang, jadi semua yang berkaitan dokumen undang-undang saya akan diminta membuat berkenaannya, bukan kerana saya (semata-mata) adalah Takiyuddin. “Ia (isu TPM) bukan satu perjanjian, sebaliknya dipanggil sebagai Memorandum Perjanjian (MoA),” katanya…

Read More