3,361 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 12 Julai  – Indonesia merekodkan 3,361 kes baharu Covid-19 melibatkan 3,237 jangkitan tempatan manakala 124 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,116,347.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 1,780 iaitu 1,762 kes tempatan dan 18 kes import dengan jumlah kumulatif 5,937,625 orang.

Sebanyak 1,573 kes aktif baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 21,916 kes di mana Jakarta mencatatkan 11,233 kes, Jawa Barat 5,413, Banten 2,114, Bali 801 dan Jawa Tengah 536.

Lapan kematian direkodkan melibatkan Jakarta (4), Jawa Barat (2), manakala Jawa Timur dan Kalimantan Selatan masing-masing satu kes.

Bagi kes positif pula, sebanyak 27 provinsi mencatatkan kes baharu di mana angka tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 1,594 termasuk 107 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,117,557 kes.

Ini diikuti Banten 393, Jawa Timur 279 dan Bali 125.

Related posts

Leave a Comment