Pakej Haji: 3 agensi pelancongan terlibat

KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 72 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji di seluruh negara membabitkan tiga agensi pelancongan swasta dengan kerugian RM3.95 juta.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian RM1,244,500 diikuti Selangor dengan 14 laporan melibatkan kerugian RM404,000.

Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau berkata Pahang pula merekodkan 13 laporan dengan nilai kerugian RM1,611,500 manakala Kelantan, Johor dan Perak masing-masing mempunyai lima laporan dengan nilai keseluruhan RM556,000.

Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000 sementara Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan satu laporan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM86,000.

Related posts

Leave a Comment