Singapura catat 5,979 kes baharu

SINGAPURA 12 Julai – Sebanyak 5,979 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,743‬ jangkitan tempatan dan 236 ‬kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,540,778.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), lima lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,437 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,440 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 5,235 jangkitan tempatan dan 205 kes import manakala 539‬‬‬‬‬ kes  lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 508 jangkitan tempatan, dan 31 adalah kes import.

Seramai 8,908 pesakit dibenarkan keluar hospital sementara 679 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 633 yang dicatatkan semalam di mana 82 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 15 dipantau rapi di ICU.

Related posts

Leave a Comment