23 kematian 1,679 kes baharu

BANGKOK 12 Julai – Sebanyak 23 kematian dan 1,679 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 24 orang meninggal dunia dengan 1,811 kes semalam.

Kesemua kes baharu adalah kes tempatan yang dikesan di kemudahan kesihatan kerajaan.

Dengan perkembangan Ini jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 30,882 orang sementara jumlah kumulatif kes pula setakat ini adalah 4,548,533.

Setakat semalam, sebanyak 23,617 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 10,197 di hospital, 878 di kemudahan hospital dan 12,511 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Pada masa yang sama, sebanyak 2,115 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,494,034 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment