Singapura hampiri kemuncak gelombang

SINGAPURA 5 Julai – Jumlah kes harian Covid-19 di Singapura yang direkodkan hari ini sudah menghampiri, atau sudah pun berada di kemuncak gelombang jangkitan Covid-19 terkini, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung. Beliau memberitahu Parlimen bahawa bilangan kes melepasi 12,000, sekitar 10 peratus lebih tinggi daripada minggu lalu adalah satu peningkatan yang “lebih tinggi sedikit”. Singapura hari ini merekodkan 12,784 kes baharu Covid-19 iaitu kenaikan sekali ganda daripada 5,946 kes semalam. “Ada tanda-tanda bahawa kita hampir mencapai kemuncak, jika tidak di kemuncak, dan kita harus lega kerana bilangan minggu ini…

Read More

Kes harian Singapura cecah 12,784

SINGAPURA 5 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 12,784 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Selasa ini, peningkatan lebih sekali ganda jangkitan yang dilaporkan semalam sebanyak 5,946 kes. Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak pandemik bermula Mac 2020 dan juga melebihi 11,504 kes yang dicatatkan pada 28 Jun lalu yang merupakan kes harian tertinggi dalam tempoh lebih tiga bulan. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 12,248 adalah kes tempatan manakala 536 adalah kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura setakat ini adalah…

Read More

Subramaniam meninggal dunia

PUTRAJAYA  5 Julai – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam, 78, yang meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor, malam ini. Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata mendiang, yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara dan Ahli Parlimen Segamat, banyak menabur bakti kepada Keluarga Malaysia. “Mendiang juga banyak berjasa kepada negara semasa berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di tiga kementerian iaitu Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. “Takziah…

Read More

Malaysia mungkin beli gandum Turkiye

ISTANBUL 5 Julai – Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau yang tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari, berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu. Katanya, selain memperkukuh hubungan dua hala dengan Turkiye, beliau akan turut memanfaatkan peluang untuk menarik lebih banyak pelaburan dari negara itu selain mendapatkan sumber makanan seperti tepung gandum. Pengeluaran gandum tahunan Turkiye mencecah hampir 20…

Read More

Denda RM1 j seleweng minyak subsidi

SHAH ALAM 5 Julai – Sebanyak 15 syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi dikenakan tindakan termasuk ditarik semula lesen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak tahun lalu. Timbalan Menterinya, Rosol Wahid, berkata tindakan itu diambil selepas siasatan mendapati syarikat terbabit menyeleweng bekalan minyak masak paket satu kilogram ke negara jiran. Semua syarikat ini akan diheret ke mahkamah untuk pertuduhan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika sabit kesalahan syarikat boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau…

Read More

Mangsa ketiga korban banjir Baling

BALING 5 Julai  – Mayat terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, berjaya ditemui pasukan penyelamat pada pukul 11.55 pagi ini. Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemukan tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada pukul 9.30 pagi. “Mayat mangsa ketiga turut ditemui di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat. Berikutan itu semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam…

Read More

Banjir : PM arah bantuan segera

PUTRAJAYA 5 Julai – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih dan simpati dengan bencana banjir di Baling, Kedah yang mengakibatkan tiga nyawa disahkan terkorban setakat ini. Beliau yang kini dalam lawatan rasmi di Turkiye, menegaskan walaupun berada di luar negara, beliau sentiasa mengikuti perkembangan yang menimpa Keluarga Malaysia di Baling. “Saya mengarahkan Setiausaha Politik, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus mewakili saya, turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan dengan secepatnya kepada mangsa. Kita meninjau keperluan segera yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Baling…

Read More

8 kematian, 1,918 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 5 Julai – Lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,784 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula. Daripada jumlah kes baharu itu, lima kematian direkodkan di Pulau Pinang, dua di Johor dan satu di Kedah. Sebanyak 1,918 kes baharu direkodkan termasuk dua kes import dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,575,809 dengan kes aktif pula sebanyak 29,382 Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak 2,321 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,510,643 manakala 44 orang masih di ICU dan…

Read More

Dua korban banjir, seorang hilang

BALING 5 Julai – Dua orang disahkan menjadi korban banjir apabila dua mayat, wanita hamil dan ibu mentuanya ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang runtuh. Kedua-duanya dipercayai dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini. Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemukan bersama, Salmah Mat Akib, 53, pukul 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemukan dalam…

Read More

Gulai Ikan Temenung Haji Jamil

MENYOROK apa pagi ini? Terlanjur berada di Alor Setar, sahabat saya Sopha Sulaiman mencadangkan untuk menyorok di Kedai Gulai Ikan Temenung, Haji Jamil yang terletak di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah, Kedah. Banyak kedai gulai temenung di Kuala Kedah tetapi kedai ini masih menjadi pilihan untuk menyorok baru-baru ini. Sebenarnya bukan kali pertama saya mendengar nama kedai itu dan menyorok di situ. Pernah sebelum ini 2017,  bersama seorang lagi sahabat sekolah rendah, Halim Ashaari yang juga tinggal di Alor Setar membawa saya ke situ. Makan nasi waktu pagi ni bukan…

Read More