Mangsa ketiga korban banjir Baling

BALING 5 Julai  – Mayat terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, berjaya ditemui pasukan penyelamat pada pukul 11.55 pagi ini.

Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemukan tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada pukul 9.30 pagi.

“Mayat mangsa ketiga turut ditemui di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat.

Berikutan itu semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian semalam, berjaya ditemui dalam operasi hari ini,” katanya.

Sementara itu seramai 1,426 mangsa banjir di daerah ini masih berada di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat tengah hari ini ekoran Sungai Kupang dinaiki air semalam.

Seramai 202 mangsa ditempatkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, 186 mangsa berada di PPS Surau An-Nur Taman Mesra dan 1038 pelajar berada di Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Khairiah Kupang.

Related posts

Leave a Comment