8 kematian, 1,918 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 5 Julai – Lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,784 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Daripada jumlah kes baharu itu, lima kematian direkodkan di Pulau Pinang, dua di Johor dan satu di Kedah.

Sebanyak 1,918 kes baharu direkodkan termasuk dua kes import dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,575,809 dengan kes aktif pula sebanyak 29,382

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak 2,321 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,510,643 manakala 44 orang masih diĀ ICU dan 24 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 662 kes menjadikan jumlah keseluruhan 374,434 diikuti Selangor 482 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,392,49 manakala Perak 153, Sabah 119 dan Negeri Sembilan 103.

Di bawah 100 kes adalah Johor 89, Pulau Pinang 77, Kedah 48, Melaka 44, Wilayah Persekutuan Putrajaya 38, Pahang 27,Sarawak 25, Terengganu 20, Kelantan 20, Wilayah Persekutuan Labuan 6 dan Perlis 5.

Related posts

Leave a Comment