3,199 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 19 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,199 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan  2,900 jangkitan tempatan dan 299 ‬‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,367,761 dengan satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,403 orang meninggal dunia setakat ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,901 adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. ‬ Ini terdiri daripada 2,621…

Read More

Indonesia catat 1,167 kes baharu

JAKARTA 19 Jun – Indonesia merekodkan 1,167 kes harian Covid-19 hari ini yang melibatkan 1,114 kes jangkitan tempatan dan 53 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 6,068,075. Sebanyak 8,594 kes aktif direkodkan, iaitu bertambah sebanyak 532 sementara 632 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,902,794 orang pulih. Jumlah kematian pula bertambah tiga orang menjadikan jumlah keseluruhan 156,687 orang dilaporkan meninggal dunia. Kes sembuh harian tertinggi direkodkan DKI Jakarta iaitu 275, diikuti Banten 204, Jawa Barat 60, Jawa Timur 54, Bali 21 manakala kes positif harian tertinggi…

Read More

571 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Jun. – Sebanyak 571 kes baharu Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam hari ini berbanding 659 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 156,428. Kesemua kes baharu yang dilaporkan tersebut adalah hasil daripada Ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth.  Dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 Negara Brunei Darussalam (NBD), dua kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Dua kes lagi dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah…

Read More

Sifar kes Covid-19 di Kemboja

PHNOM PENH 19 Jun  – Kemboja melaporkan sifar kes Covid-19 semalam dan tiada kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 136,262 kes dengan 133,206 pesakit sembuh dan 3,056 kematian. Setiausaha negara dan jurucakap Kementerian Kesihatan Or Vandine, yang juga berkhidmat sebagai ketua jawatankuasa vaksin Covid-19 kebangsaan mengucapkan  terima kasih atas usaha kerajaan membendung wabak itu. Katanya program vaksinasi rakyat di seluruh negara melalui “Strategi Blossom”, telah membantu Kemboja membuka semula negara dan kembali ke kehidupan normal pada 1 November 2021. Kempen vaksinasi mencapai lebih 100 peratus daripada sasaran 10 juta orang…

Read More

PilgrimSG bantu jemaah Singapura

SINGAPURA 19 Jun – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada tahun ini memperkenalkan aplikasi baru PilgrimSG bagi kemudahan jemaaah negara itu ketika berada di dua Tanah Suci, kata ketua delegasi jemaah Masagos Zulkifli. Menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam itu, melalui aplikasi itu, jemaah boleh mendapatkan khidmat seperti membuat temu janji untuk bertemu doktor di klinik yang diuruskan Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO). Ini akan membantu menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi beratur untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian. Selain itu, jemaah juga boleh mendapatkan bantuan kecemasan melalui ciri geolokasi, yang…

Read More

Nanta Linggi kekal SU Agung PBB

KUCHING 19 Jun – Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi dilantik semula  sebagai Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi tempoh 2022 – 2025. Perkara itu diumumkan presiden parti, Abang Johari Tun Openg semasa Perhimpunan Agung PBB Ke-15 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Turut kekal ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Ibrahim Baki selaku Timbalan Setiausaha Agung parti bagi tempoh yang sama. Sementara itu Pengerusi Tetap Parti PBB,  Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumkan 16 Ahli Majlis Tertinggi (MT) PBB baharu daripada sayap Bumiputera Mereka adalah…

Read More

Media sosial platform zahir kebencian

NEW YORK: Internet dan media sosial telah menjadi platform menzahirkan kebencian, membolehkannya merebak seperti api merentasi sempadan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres. “Penyebaran ucapan kebencian terhadap golongan minoriti ketika pandemik Covid-19 menjadi bukti bahawa masyarakat dunia sangat mudah terdedah kepada stigma, diskriminasi dan konspirasi,” kata setiausaha agung itu. Dalam perutusan sempena Hari Antarabangsa untuk Menangani Ucapan Kebencian, beliau berkata ucapan kebencian yang menghasut keganasan, menjejaskan kepelbagaian dan perpaduan sosial, serta mengancam nilai dan prinsip yang menghubungkan kita semua. “Ia menggalakkan sifat perkauman, xenofobia dan prejudis terhadap wanita;…

Read More

45 negara naikkan kadar faedah

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 45 negara menaikkan kadar faedah sejak enam bulan lalu ketika bank pusat di Amerika Syarikat, England, India dan negara lain menaikkan kos pinjaman dengan harapan membendung kenaikan inflasi yang paling pesat. Rizab Persekutuan (Fed) Amerika menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus Rabu lalu, diikuti oleh kebanyakan negara lain untuk mengekang inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang lembap. Fed menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 75 mata asas, atau 0.75 peratus, dalam satu tindakan yang menyamai kenaikan paling agresif sejak 1994. Kenaikan bank pusat itu akan meningkatkan kadar dana…

Read More

Malaysia catat 2,127 kes baharu

PUTRAJAYA 19 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 terus kekal melebihi 2,000 apabila merekodkan 2,127 kes semalam berbanding 2,130 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,538,922. Menurut data di portal COVIDNOW, satu kematian dilaporkan yang membawa kepada 35,732 orang meninggal dunia setakat ini. Terdapat 26,362 kes aktif direkodkan di mana 25,380 orang sedang menjalani kuarantin di rumah. Sementara itu Selangor terus mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 897 kes berbanding 776 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 482 (553), Pulau Pinang 153 (168) dan Perak 137 (148). Kes terendah pula adalah…

Read More