Malaysia catat 2,127 kes baharu

PUTRAJAYA 19 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 terus kekal melebihi 2,000 apabila merekodkan 2,127 kes semalam berbanding 2,130 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,538,922.

Menurut data di portal COVIDNOW, satu kematian dilaporkan yang membawa kepada 35,732 orang meninggal dunia setakat ini.

Terdapat 26,362 kes aktif direkodkan di mana 25,380 orang sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu Selangor terus mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 897 kes berbanding 776 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 482 (553), Pulau Pinang 153 (168) dan Perak 137 (148).

Kes terendah pula adalah di Wilayah Persekutuan Labuan yang kekal tanpa kes seperti kelmarin manakala Perlis satu kes berbanding empat pada hari sebelumnya.

Related posts

Leave a Comment