Sifar kes Covid-19 di Kemboja

PHNOM PENH 19 Jun  – Kemboja melaporkan sifar kes Covid-19 semalam dan tiada kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 136,262 kes dengan 133,206 pesakit sembuh dan 3,056 kematian.

Setiausaha negara dan jurucakap Kementerian Kesihatan Or Vandine, yang juga berkhidmat sebagai ketua jawatankuasa vaksin Covid-19 kebangsaan mengucapkan  terima kasih atas usaha kerajaan membendung wabak itu.

Katanya program vaksinasi rakyat di seluruh negara melalui “Strategi Blossom”, telah membantu Kemboja membuka semula negara dan kembali ke kehidupan normal pada 1 November 2021.

Kempen vaksinasi mencapai lebih 100 peratus daripada sasaran 10 juta orang dan lebih daripada 88 peratus daripada jumlah populasi 16 juta orang di Kemboja, dengan kerajaan kini menjalankan kempen dos ketiga, keempat dan kelima .

Berikutan kejayaan program vaksinasi, Vandine menerbitkan sebuah buku bertajuk “Over 25,000 Kilometres travelled: Mission Impossible Became Mission Successfully”.

Buku itu adalah strategi untuk proses vaksinasi Covid-19 di Kemboja, yang dimulakan oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, selepas beliau menubuhkan Suruhanjaya untuk Vaksinasi Covid-19 dalam Rangka Kerja Kebangsaan pada pertengahan Mac 2021.

Related posts

Leave a Comment