45 negara naikkan kadar faedah

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 45 negara menaikkan kadar faedah sejak enam bulan lalu ketika bank pusat di Amerika Syarikat, England, India dan negara lain menaikkan kos pinjaman dengan harapan membendung kenaikan inflasi yang paling pesat.

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus Rabu lalu, diikuti oleh kebanyakan negara lain untuk mengekang inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang lembap.

Fed menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 75 mata asas, atau 0.75 peratus, dalam satu tindakan yang menyamai kenaikan paling agresif sejak 1994.

Kenaikan bank pusat itu akan meningkatkan kadar dana persekutuan penanda aras kepada antara 1.5 peratus dengan 1.75 peratus.

Hanya beberapa jam selepas tindakan Fed itu, Brazil, Arab Saudi, dan beberapa negara lain turut mengumumkan kenaikan kadar faedah disusuli Switzerland dan Britain.

Kadar faedah lebih tinggi menjadikan pinjaman lebih mahal, boleh membayangi permintaan pengguna dan peluasan perniagaan, dan seterusnya menyejukkan pertumbuhan ekonomi dan memperlahan pengambilan pekerja.

Kadar faedah lebih tinggi juga boleh menjejas pertumbuhan ekonomi dan terdapat risiko ia boleh menyebabkan kemelesetan.

Related posts

Leave a Comment