Indonesia catat 1,167 kes baharu

JAKARTA 19 Jun – Indonesia merekodkan 1,167 kes harian Covid-19 hari ini yang melibatkan 1,114 kes jangkitan tempatan dan 53 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 6,068,075.

Sebanyak 8,594 kes aktif direkodkan, iaitu bertambah sebanyak 532 sementara 632 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,902,794 orang pulih.

Jumlah kematian pula bertambah tiga orang menjadikan jumlah keseluruhan 156,687 orang dilaporkan meninggal dunia.

Kes sembuh harian tertinggi direkodkan DKI Jakarta iaitu 275, diikuti Banten 204, Jawa Barat 60, Jawa Timur 54, Bali 21 manakala kes positif harian tertinggi juga DKI Jakarta 735 diikuti Jawa Barat 162, Banten 134, Jawa Timur 70, serta Bali 27.

Tiga kes kematian pula dilaporkan di Jawa Tengah, Jakarta dan Banten.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 14,389 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos ity setakat ini adalah 201,145,493 manakala 18,668 mendapat dos kedua menjadikan jumlah kumulatif 168,447,738.

Di samping itu 67,261 lagi individu menerima dos ketiga menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 48,911,744.

Related posts

Leave a Comment