3,199 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 19 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,199 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan  2,900 jangkitan tempatan dan 299 ‬‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,367,761 dengan satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,403 orang meninggal dunia setakat ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,901 adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. ‬

Ini terdiri daripada 2,621 kes tempatan dan 280 kes import manakala 298 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 279 adalah jangkitan tempatan, manakala 19 adalah kes import.

Seramai 275 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 279 semalam di mana 26 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, lapan dipantau rapi di ICU manakala 3,882 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat Sabtu, 18 Jun, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment