571 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Jun. – Sebanyak 571 kes baharu Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam hari ini berbanding 659 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 156,428.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan tersebut adalah hasil daripada Ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth.

 Dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 Negara Brunei Darussalam (NBD), dua kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Dua kes lagi dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 478 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah pesakit pulih kepada 152,968 manakala jumlah kes aktif sebanyak 3,830.

Sementara itu sebanyak 84.8 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima satu dos vaksin dan 71.4 peratus lagi dalam lingkungan umur itu  menerima dua dos vaksin setakat hari ini.

 Bagi peratus rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah sebanyak 72.3  peratus.

Related posts

Leave a Comment