Lee Lam Thye YB sebenar – Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyifatkan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, sebagai wakil rakyat sebenar sepanjang perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. “Lee sememangnya adalah Y.B. (wakil rakyat) sebenar yang juga boleh diterjemahkan sebagai Yang Bekerja atau Yang Berkhidmat. Sesungguhnya Yang Bekerja dan Yang Berkhidmat yang sebenar untuk rakyat. “Tidak guna jadi YB dengan gelaran Yang Berhormat tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik, hanya bercakap sahaja dan pentingkan diri sendiri,” titah baginda semasa melancarkan buku bertajuk ‘Call…

Read More

PICKids diadakan semula 5 hari

SEMPORNA 16 Jun – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan diadakan semula secara percuma untuk tempoh lima hari bermula 20 hingga 24 Jun ini. Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin percuma kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu. Sebelum ini, tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama PICKids secara percuma berakhir 31 Mei lalu dan kanak-kanak yang mahu disuntik selepas itu perlu mendapatkannya secara berbayar di pusa-pusat perubatan swasta. Dr. Noor Azmi berkata Kementerian…

Read More

PKR perlu lonjakan baharu

KUALA LUMPUR 16 Jun – Barisan kepemimpinan baharu hasil Pemilihan PKR baru-baru ini memberi mesej positif dan jelas bahawa parti itu perlu lonjakan baharu bagi membawa perubahan yang lebih baik. Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, namun perubahan yang dibawa itu perlukan dukungan yang kuat daripada rakyat dan tidak tersasar daripada prinsip reformasi. Sebagai satu parti gerakan rakyat, PKR perlu merangkul semua kekuatan dan tidak berganjak daripada prinsip reformasi. “Prinsip reformasi perlu terus dilaksanakan dan mesti ada kekuatan dukungan rakyat,” katanya melalui rakaman video ringkas sebagai mengulas keputusan tidak rasmi Pemilihan…

Read More

10,681 tidak duduki SPM 2021

PUTRAJAYA 16 Jun – Lembaga Peperiksaan (LP) memaklumkan sebanyak 10,681 calon tidak menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021. Dalam satu kenyataan, LP berkata jumlah itu merangkumi 9,037 calon atau 2.30 peratus terdiri daripada mereka yang mendaftar di sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM), sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah negeri, sekolah swasta dan sekolah menengah agama rakyat. “Selain itu sebanyak 1,644 calon atau 0.42 peratus adalah calon persendirian. LP berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM 2021,” katanya. Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Nor…

Read More

Post mortem punca tidak duduki SPM

PUTRAJAYA 16 Jun – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca 24,941 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tidak menduduki peperiksaan berkenaan. Menterinya,  Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sebahagian besar daripada mereka adalah calon persendirian. “Jika calon sekolah, guru dan pengetua sudah ke rumah pelajar berkenaan untuk mereka kembali ke sekolah, namun ada antara mereka tidak mahu meneruskan sesi persekolahan dan peperiksaan. Itu antara perkara yang kita sudah usahakan sejak awal. “Macam-macam alasan diberi. Ada sebab peribadi, masalah keluarga dan bekerja dan itu penyebab mereka tidak…

Read More

9,696 calon SPM peroleh semua A

PUTRAJAYA 19 Jun – Seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan semua A. Ketua Pengarah Pendidikan, Nor Zamani Abdol Hamid ketika mengumumkan keputusan bagi peperiksaan diambil pada Mac lalu itu, berkata seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Bagi calon keputusan lulus, ia membabitkan 129,796 atau 33.96 peratus, manakala 125,454 calon pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran. Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 43,703 bersamaan 11.44 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan…

Read More

Tambang percuma pengangkutan RapidKL

KUALA LUMPUR 16 Jun – Mulai hari ini, semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL akan memberi perkhidmatan percuma selama sebulan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma itu sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini. Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL. “Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan,  dan kos sara hidup meningkat. “Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya…

Read More

MRT Putrajaya buka sepenuhnya Januari 2023

KUALA LUMPUR 16 Jun – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya  dijangka dibuka sepenuhnya Januari tahun depan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Pembukaan itu dijangka mencatat bilangan awal penumpang harian melebihi 104,000 orang. Perdana Menteri, berharap, dengan adanya kemudahan infrastruktur itu, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. MRT Laluan Putrajaya yang dibangunkan dalam dua fasa, menyediakan perkhidmatan kepada lebih kurang dua juta penduduk di koridor bermula dari kawasan Kwasa Damansara ke Putrajaya. MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu manakala…

Read More