AstraZeneca : KKM akan keluar kenyataan

KUALA LUMPUR 9 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan mengenai AstraZeneca dalam waktu terdekat, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Justeru beliau berharap semua pihak dapat bersabar menanti perkembangan terbaharu mengenainya.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam waktu terdekat, harap bersabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2024 di sini, hari ini.

Semalam, syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca dilaporkan menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia.

Menurut laporan itu, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik ‘kebenaran pemasarannya’.
Permohonan menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa mulai 7 Mei.

Permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang sudah meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria pada bulan depan.

Related posts

Leave a Comment