Singapura catat 5,130 kes baharu

SINGAPURA 15 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,130 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,348,775. Kes  baharu itu terdiri daripada 4,692‬ jangkitan tempatan dan 438 ‬kes import dengan jumlah kematian pula tiga orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,401 meninggal dunia sejak pandemik melanda. Menurut MoH daripada kes baharu itu, sebanyak 4,716 adalah kes Protokol 2 iaitu ‬ pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 414‬‬ kes…

Read More

Thailand catat sedikit peningkatan

BANGKOK 14 Jun – Selepas merekodkan angka yang rendah semalam, Thailand hari ini mencatatkan sedikit peningkatan dengan 1,833 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 1,801 pada Isnin. Hanya satu kes import dilaporkan manakala 1,832 adalah jangkitan tempatan termasuk dua kes melibatkan banduan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 19 kematian direkodkan berbanding 15 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,488,497 dengan jumlah meninggal dunia pula sebanyak 30,368 orang dan kes sembuh pula 4,436,684 termasuk 2,155 yang pulih hari ini. Sehingga semalam, sebanyak 21,445 menerima rawatan Covid-19…

Read More

SPRM bebas, tidak terikat

PUTRAJAYA 14 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah agensi bebas dan tidak terikat dalam menjalankan siasatan kes rasuah dan salah laku, kata Ketua Pesuruhjaya Azam Baki. Katanya , dalam bidang penguatkuasaan, SPRM dijaga dan diteliti oleh lima badan pemantau yang bertanggungjawab menasihati perjalanan agensi penguatkuasaan itu. “Untuk menyatakan SPRM tidak bebas dan terikat adalah tidak benar kerana kita boleh menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja, tertakluk dalam bidang kuasa kami, “ katanya selepas majlis Anugerah Media SPRM di sini, hari ini. Beliau berkata lima badan pemantau yang sentiasa menasihati…

Read More

Tiada individu baharu bakal dituduh

PUTRAJAYA 14 Jun – Tiada individu baharu yang akan dikemukakan untuk dituduh dalam kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang sedang dalam perbicaraan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki. Ketika mengesahkan demikian, Azam berkata, siasatan kes berkenaan sudah selesai dan kes kini dalam tempoh perbicaraan di mahkamah. “Siasatan kes ini sudah pun selesai dan kes juga kini dalam perbicaraan. Mana-mana isu rasuah juga sudah dituduh. Jadi bagi saya, setakat ini tiada pihak lagi akan dituduh bagi kes UKSB,” katanya selepas Anugerah Media SPRM, di sini, hari ini.…

Read More

91.1 % kes salah laku dikena sabitan

PUTRAJAYA 14 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan 91.1 peratus atau 266 kes salah laku rasuah berakhir dengan sabitan daripada 292 kes yang selesai dibicarakan sepanjang tahun lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menyifatkan peratusan sabitan yang tinggi itu sebagai suatu kejayaan membanggakan. Katanya, pada 2021, daripada 1,283 kes perbicaraan rasuah dikendalikan di Mahkamah Sesyen di seluruh Malaysia, sejumlah 292 kes selesai dibicarakan. “Daripada jumlah itu, sebanyak 266 kes berakhir dengan sabitan atau 91.1 peratus… ini menunjukkan peratusan sabitan yang amat membanggakan,” katanya dalam ucapan:sempena majlis Anugerah Media…

Read More

Johor kaji semula cuti hujung minggu

JOHOR BAHRU 14 Jun – Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada Jumaat dan Sabtu, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi. Beliau maklum mengenai keluhan rakyat berhubung cuti hujung minggu yang berbeza antara pihak kerajaan dan swasta. “Kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama. “Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah yang paling tuntas untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya ketika menyampaikan amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, hari…

Read More

Kes harian lepasi angka 2,000

PUTRAJAYA 13 Jun – Jangkitan baharu Covid-19 turun semalam naik semula ke angka 2,000 dengan merekodkan 2,092 berbanding 1,571 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,528,390. Menurut data di portal COVIDNOW, terdapat pertambahan empat kematian menjadikan jumlah keseluruhan 35,716 orang meninggal dunia. Kes aktif pula adalah sebanyak 22,607 di mana 21,589 sedang menjalani kuarantin di rumah, 24 sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 12 memerlukan bantuan alat pernafasan. Sementara itu Selangor kembali mencatatkan kes harian melebihi 1,000 kes dengan merekodkan 1,251 berbanding 714 kes kelmarin menjadikan jumlah…

Read More

HFMD turun 22.9 peratus

PUTRAJAYA 14 Jun – Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada Minggu Epidemiologi 23/2022 menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus iaitu sejumlah 13,080 kes dilaporkan berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 16,954 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata trend kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022 iaitu melebihi 18,000 kes. Katanya, walaupun terdapat trend penurunan kes HFMD sejak dua minggu berturut-turut, orang awam perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada dijangkiti HFMD. Mengulas mengenai…

Read More