SPRM bebas, tidak terikat

PUTRAJAYA 14 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah agensi bebas dan tidak terikat dalam menjalankan siasatan kes rasuah dan salah laku, kata Ketua Pesuruhjaya Azam Baki.

Katanya , dalam bidang penguatkuasaan, SPRM dijaga dan diteliti oleh lima badan pemantau yang bertanggungjawab menasihati perjalanan agensi penguatkuasaan itu.

“Untuk menyatakan SPRM tidak bebas dan terikat adalah tidak benar kerana kita boleh menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja, tertakluk dalam bidang kuasa kami, “ katanya selepas majlis Anugerah Media SPRM di sini, hari ini.

Beliau berkata lima badan pemantau yang sentiasa menasihati perjalanan aktiviti SPRM, lebih banyak berbanding di peringkat global.

Azam berkata, lima mekanisme yang bertindak sebagai semak dan imbang terhadap perjalanan SPRM adalah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

Related posts

Leave a Comment