Singapura catat 5,130 kes baharu

SINGAPURA 15 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,130 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,348,775.

Kes  baharu itu terdiri daripada 4,692‬ jangkitan tempatan dan 438 ‬kes import dengan jumlah kematian pula tiga orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,401 meninggal dunia sejak pandemik melanda.

Menurut MoH daripada kes baharu itu, sebanyak 4,716 adalah kes Protokol 2 iaitu ‬

pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 414‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 387 jangkitan tempatan, manakala 27 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.01, naik berbanding 0.97 semalam di mana kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 250 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 263 semalam di mana 28 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, dua dipantau rapi di ICU sementara 3,048 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai program vaksinasi, setakat kelmarin, 13 Jun, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin iaitu 93 peratus menerima satu dos,  92 peratus lengkap dua dos dan 77 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment