Kes harian lepasi angka 2,000

PUTRAJAYA 13 Jun – Jangkitan baharu Covid-19 turun semalam naik semula ke angka 2,000 dengan merekodkan 2,092 berbanding 1,571 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,528,390.

Menurut data di portal COVIDNOW, terdapat pertambahan empat kematian menjadikan jumlah keseluruhan 35,716 orang meninggal dunia.

Kes aktif pula adalah sebanyak 22,607 di mana 21,589 sedang menjalani kuarantin di rumah, 24 sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 12 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Selangor kembali mencatatkan kes harian melebihi 1,000 kes dengan merekodkan 1,251 berbanding 714 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 1,376,043.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 262 kes berbanding 221 kelmarin dan Pulau Pinang 105 berbanding 133 kelmarin.

Perak merekodkan 74 berbanding 106 kelmarin, Sabah 72 (58), Johor 68 (55), Wilayah Persekutuan Putrajaya 55 (15), Kedah 50 (28), Melaka 46 (55), Sarawak 25 (40), Kelantan 25 (9) dan Negeri Sembilan 24 (84).

Terengganu merekodkan 19 kes berbanding 20 kelmarin, Pahang 12 (24), Perlis 3 (5), dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 (4).

Related posts

Leave a Comment