Thailand catat sedikit peningkatan

BANGKOK 14 Jun – Selepas merekodkan angka yang rendah semalam, Thailand hari ini mencatatkan sedikit peningkatan dengan 1,833 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 1,801 pada Isnin.

Hanya satu kes import dilaporkan manakala 1,832 adalah jangkitan tempatan termasuk dua kes melibatkan banduan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 19 kematian direkodkan berbanding 15 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,488,497 dengan jumlah meninggal dunia pula sebanyak 30,368 orang dan kes sembuh pula 4,436,684 termasuk 2,155 yang pulih hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 21,445 menerima rawatan Covid-19 termasuk 11,762 di hospital sementara 2,017 di kemudahan hospital atau hospital lapangan di samping 7,489 lagi di pusat pengasingan masyarakat atau rumah.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 656 dalam keadaan serius dan 329 bergantung kepada bantuan ventilator.

Related posts

Leave a Comment