Sasaran 600,000 hektar bakau

INDONESIA akan terus berusaha untuk memulihkan dan membangunkan pusat bakau dunia di beberapa wilayah sebagai salah satu komitmen menangani perubahan iklim. Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam catatan Facebooknya berkata, menjelang akhir tahun 2024, sekurang-kurangnya 600,000 hektar tanah bakau mesti dipulihkan. Beliau baru-baru ini turut melancarkan Ladang Rumpin di Bogor, serta Pelancaran Pemulihan Bakau, dan Pusat Bakau Sedunia yang turut dihadiri duta dari Amerika Syarikat, Jerman, Mesir, UAE, India, China, serta Pengarah Negara Bank Dunia dan Delegasi Kesatuan Eropah. Menurut Jokowi sepanjang 2019 hingga 2022, Indonesia telah menanam dan memulihkan kira-kira…

Read More

Brunei catat 392 kes baharu Covid-19

BERAKAS 11 Jun  – Brunei Darussalam merekodkan 392 kes baharu Covid-19 berbanding 390 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 152,712 sejak wabak itu dikesan. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 388 kes yang dilaporkan adalah hasil Ujian ART manakala empat kes lagi hasil daripada 191 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes bagi kategori 5 dan satu kes bagi Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah…

Read More

Thailand catat 2,501 kes, 28 kematian

BANGKOK 11 Jun – Thailand merekodkan 2,501 kes baharu Covid-19 dan 28 lagi pesakit meninggal dunia hari ini berbanding 2,836 kes dan 24 kematian yang dilaporkan semalam , Jumaat. Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan 4,482,389 kes dan 30,314 kematian direkodkan setakat ini. Daripada jumlah kes baharu itu, 2,500 adalah dalam kalangan penduduk awam dan seorang penghuni penjara. Tiada kes import direkodkan. Sehingga semalam, sebanyak 24,112 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 12,036 di hospital, 1,953 di fasiliti hospital dan 9,933 pengasingan di rumah atau pusat komuniti. Daripada jumlah yang…

Read More

Kabinet baharu Brunei Darussalam

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan Kabinet berkuatkuasa 7 Jun lalu. Baginda mengekalkan jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri, Menteri Luar, Pertahanan, Kewangan dan Ekonomi.  Buat julung kalinya wanita dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Brunei iaitu Menteri Pendidikan, Romaizah Mohd. Salleh. Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baharu Negara Brunei Darussalam bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara untuk tempoh empat tahun berlangsung pada 9 Jun di Istana Nurul Iman.

Read More

China tangguh buka sekolah

BEIJING: Pihak berkuasa China menangguhkan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan minggu depan, berikutan penularan jangkitan Covid-19. Kebanyakan pelajar sekolah rendah dan menengah akan ‘terus belajar dalam talian di rumah’ mulai Isnin, kata jurucakap kerajaan bandar Xu Hejian pada taklimat akhbar hari ini. Pengumuman itu membatalkan keputusan sebelum ini untuk menghantar murid yang lebih muda kembali ke sekolah secara berperingkat, mulai minggu depan. China adalah negara kuasa besar ekonomi yang masih komited kepada strategi sifar Covid-19, menjadikan tiada kes melalui gabungan usaha penutupan secara bersasar, pengujian kes besar-besaran dan tempoh kuarantin…

Read More

AS tidak wajibkan ujian Covid-19

WASHINGTON 11 Jun – Pelancong yang tiba di Amerika Syarikat (AS) melalui laluan udara tidak lagi diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19, menjadikan ia antara langkah besar dalam penarikan sekatan menangani wabak itu. Penolong Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kevin Munoz mengesahkan berita itu di Twitter malah media AS melaporkan langkah itu dijangka ditamatkan hujung minggu ini, susulan gesaan industri pelancongan negara itu. Sebelum memulakan penerbangan, semua penumpang hanya perlu menunjukkan keputusan negatif ujian Covid-19 yang dibuat sebelum perjalanan atau bukti mereka pulih daripada jangkitan virus itu dalam tempoh 90 hari. Munoz…

Read More

Seri Paduka kurnia sumbangan

CAMERON HIGHLANDS 11 Jun  – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penduduk Kampung Orang Asli Pos Menson dan Kampung Orang Asli Sungai Relong dekat sini hari ini. Keberangkatan tiba baginda disambut Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khairulanwar Syed Abdul Rahman dan Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf. Menurut catatan Istana Negara di Facebook hari ini, Seri Paduka berkenan mengurniakan sumbangan tunai dan barangan keperluan dapur kepada 63 ketua isi rumah di Kampung Orang Asli Pos Menson dan 153 ketua isi…

Read More

Kes harian lepasi 2,000

PUTRAJAYA 11 Jun – Jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan semalam dengan melebihi 2,000 kes apabila merekodkan 2,166 berbanding 1,887 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,523,018. Laman sesawang COVIDNOW melaporkan daripada keseluruhan jangkitan baharu itu, hanya satu membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Setakat ini 22,751 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 21,764 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah manakala 24 kes dirawat di ICU dan 13 memerlukan bantuan alat pernafasan. Satu kematian turut dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,709 meninggal dunia. Sementara…

Read More

16,115,626 juta dapatkan dos penggalak

PUTRAJAYA 11 Jun – Sebanyak 8,411 lagi tampil mendapatkan dos  kedua semalam menjadikan 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin setakat semalam. Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) itu juga, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW juga, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,913,149 atau 93.6 peratus sudah menerima dua dos…

Read More