Kes harian lepasi 2,000

PUTRAJAYA 11 Jun – Jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan semalam dengan melebihi 2,000 kes apabila merekodkan 2,166 berbanding 1,887 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,523,018.

Laman sesawang COVIDNOW melaporkan daripada keseluruhan jangkitan baharu itu, hanya satu membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Setakat ini 22,751 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 21,764 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah manakala 24 kes dirawat di ICU dan 13 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian turut dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,709 meninggal dunia.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes baharu paling tinggi dengan 918 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 1,373,418 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 487, Pulau Pinang 152 dan Perak 113.

Negeri Sembilan pula mencatatkan 88 kes, Sabah 87, Wilayah Persekutuan Putrajaya 60, Johor 57, Melaka 54, Kedah 51, Sarawak 47, Pahang 28, Kelantan 15.

Negeri yang mencatatkan di bawah 10 kes adalah Terengganu (6), Perlis (2) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1).

Related posts

Leave a Comment