16,115,626 juta dapatkan dos penggalak

PUTRAJAYA 11 Jun – Sebanyak 8,411 lagi tampil mendapatkan dos  kedua semalam menjadikan 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin setakat semalam.

Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) itu juga, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW juga, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,913,149 atau 93.6 peratus sudah menerima dua dos vaksin, manakala 3,006,526 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 16,115,626 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini pula sudah menerima suntikan dos penggalak termasuk 1,903 orang yang hadir semalam.

Di samping itu,346 lagi mendapatkan dos kedua yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,988,429 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,265,576 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 12,226 dos harian diberikan semalam meliputi 1,016 dos pertama, 9,307 dos kedua dan 1,903 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,032,773.

Related posts

Leave a Comment