Brunei catat 392 kes baharu Covid-19

BERAKAS 11 Jun  – Brunei Darussalam merekodkan 392 kes baharu Covid-19 berbanding 390 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 152,712 sejak wabak itu dikesan.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 388 kes yang dilaporkan adalah hasil Ujian ART manakala empat kes lagi hasil daripada 191 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes bagi kategori 5 dan satu kes bagi Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Beliau memberitahu , sebanyak 454 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 149,697 manakala jumlah kes aktif sebanyak 2,790 iaitu 16 kes

sedang dirawat di hospital, manakala 2,774 menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu setakat semalam sebanyak 83.3 peratus daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama dan 65.5 peratus mendapat dos kedua manakala 71.6 peratus penduduk dewasa mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment